Beraya Bersama Tisu Carina Green Tea | Carina Tissue Malaysia

Tisu Carina, Tisu Berkualiti Pilihan Keluarga | Assalamualaikum & holla gais, bila cerita tentang tisu ni, memang tisu dan perempuan berpisah tiada ~ ibarat isi dengan kuku. Qaseh macam tu la, pantang kalau tiada tisu dalam beg, memang benda yang sangat penting, lagi-lagi bila ada anak kecil ni. So, pilihan qaseh bila bab pemilihan tisu ni, qaseh suka tisu jenama Carina. 


Korang mesti tahu kan tisu Carina ni sebab memang dah berzaman dalam pasaran dan ia memang berkualiti dan menjadi pilihan ramai. Carina memang pengeluar tisu Malaysia yang terkenal tau kerana menghasilkan produk tisu yang berkualiti tinggi, tisu Carina ni lembut je, tahan lama dan kuat dan ianya sesuai untuk kegunaan harian kita. 

Yang bestnya Carina mengeluarkan pelbagai rangkaian dan jenis tisu yang berkualiti dan ianya diperbuat dari 100% Pulpa Dara dan 100% kapas tulen asli.Tisu ni bukan satu jenis je kita guna dalam kehidupan harian kan, untuk lap muka kena tisu yang lembut, untuk dapur, tisu yang menyerap kekotoran, tisu basah untuk anak-anak dan banyak lagi, jadi semua jenis tisu ni korang boleh dapatkan dalam jenama Carina ni haaa, senang kan ~ semua ada ! 

Carina Fast Selling : Lavender Series Carina Wallet Tissue dan Carina Soft Pack Facial Tissue

Hari ni, qaseh nak kongsi buat korang dalam pemilihan tisu yang tepat untuk kegunaan harian dan ini antara tisu Carina yang terlaris dan kesukaan ramai dalam Lavander Series iaitu Carina Wallet Tissue dan Carina Soft Pack Facial Tissue



Rangkaian Tisu Carina Dalam Kehidupan Harian 

Tisu Kering Mudah Dibawa kemana-mana : Carina Lavender Handkerchief & Carina Lavender Wallet 


Tisu kering untuk dibawa kemana sahaja, yang ni memang wajib ada dalam beg. Ia memang direka untuk kemudahan sewaktu keluar rumah, travel dan sebagainya. Cute je kan, bentuk macam wallet dan  leper so sangat senang nak simpan dalam beg. Sesuai untuk lap mulut, lap tangan dan lap peluh. Lagi-lagi dah nak masuk musim perayaan, haaa banyak nak pergi rumah terbuka so tisu ni sangat penting


Atau korang boleh juga bawa Carina Lavender Handkerchief, packaging sederhana kecil dan senang untuk di bawa ke mana-mana. Diperbuat dari 100% Virgin Purpa, sesuai untuk semua jenis kulit lagi-lagi kulit sensitif

Carina Soft Pack Facial Tissue 


Yang jenis ni qaseh selalunya akan letak dalam kereta dan memang akan pilih tisu lembut jenis facial macam ni, selalunya qaseh mudah selsema bila buka aircond dan muka kadang cepat berminyak, so bila guna tisu lembut jenis facial ni, tak menyebabkan sekitar hidung kemerah-merahan dan mudah menyerap minyak di wajah.

Ianya sangat lembut dan selesa di kulit, agak tebal so tak mudah terlerai sebab ia mempunyai 3 lapisan dan diperbuat dari 100% virgin pulp.

Tisu Basah Antibakteria : Carina Lavender Antibacteria  Wipes & Carina Wet Wipes 


Bila ada anak kecil, tisu basah memang keperluan sangat untuk qaseh, biasalah budak-budak suka explore sana sini, so qaseh pastikan tangan anak-anak sentiasa bersih walaupun ditempat yang tiada air. Qaseh suka sebab Carina Lavender Wipes ni antibakteria dan bebas pewangi. Ia mengandungi 99% air tulen, bebas paraben so boleh juga untuk kegunaan baby dan kulit sensitif. 


Selain tu, korang boleh guna Carina  Wipes ni untuk sapu permukaan, yelah kita tak nampak kuman-kuman atau kekotoran dari mata kasar so penting untuk dibawa bila keluar makan atau ke taman permainan. 

Pelancaran Baru Carina  : Carina Green Tea Scent Tissue 


Kalau sebelum ni ada Lavender Series, sekarang ada produk baru yang dilancarkan oleh Carina iaitu Carina Green Tea Scent Tissue. Qaseh memang suka dengan bauan green tea sebab ia bagi ketenangan dan  keselesaan. Bau green tea ni tak menusuk hidung tau korang

Green Tea series ni dirumus khas dengan menggunakan bau teh hijau yang menyegarkan, memberi sensai yang menenangkan tanpa menyebabkan sebarang kerengsaan pada kawasan kulit yang sensitif. Haaa siapa peminat teh hijau / green tea, korang jangan lupa dapatkan tau !


Carina Green Tea Wallet & Carina Green Tea handkerchief

Untuk Green Tea series korang boleh dapatkan 2 jenis ni tau, memang sesuai untuk dibawa kemana-mana, haaa dah nak masuk bulan Syawal ni, memang wajib ada rangkaian Carina Green Tea ni dalam beg korang. Yang pasti ianya sesuai untuk seisi keluarga. 


Tisu Untuk Kecantikan dan Perubatan :  Carina Cotton Series ( Facial Cotton & Cotton Bud)

Untuk penjagaan muka pula qaseh suka Carina Cotton Series ni sebab ianya sangat lembut untuk wajah, haaa tak boleh la guna tisu dapur untuk lap wajah korang hehe. Carina Cotton Series ni diperbuat dari 100% kapas asli dan bersifat hypoallergenic, so jangan risau tau, kulit korang takkan ada masalah iritasi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi 

Carina Facial Cotton memang wajib ada sebab senang sangat untuk cuci mekap, just letak je makeup remover dan korang cuci je dengan facial cotton ni, memang sangat mudah untuk hilangkan kesan mekap tanpa menyebabkan kulit jadi kemerah-merahan. 


Carina Cotton Bud pula selain untuk cuci telinga, juga boleh digunakan untuk hilangkan mekap juga, seperti sisa-sisa mascara ataupun eyeliner, sesuai juga untuk seisi keluarga 



Special Raya Offer ! Mana Nak Dapatkan Rangkaian Tisu Carina ?


Korang boleh dapatkan rangkaian tisu Carina ni di AEON BIG dan AEON Wellness Outlet, memang masa yang tepat untuk dapatkan rangkaian tisu Carina ni sebab ada tawaran raya istimewa dari Carina, so cepat-cepat dapatkan dan beraya bersama Carina ! Pilihlah tisu Carina untuk kelembutan dan keselesaan dalam kehidupan harian okay ! 



More Info : Tisu Carina Pilihan Ramai

INSTAGRAM
●    Aeon BiG Instagram: https://instagram.com/myaeonbig/
●    Aeon Wellness Instagram: https://instagram.com/aeonwellnessmy/
●    Carina MY Instagram: https://www.instagram.com/carina.malaysia/

FACEBOOK
●    Aeon BiG Facebook: https://www.facebook.com/MYAEONBiG/
●    Aeon Wellness Facebook: https://www.facebook.com/aeonwellnessmy/

TIKTOK
●    Carina MY Tiktok: https://www.tiktok.com/@carinamalaysia
 


#AeonBig #AeonWellness #CARINAMALAYSIA #MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #CarinaGreentea 


















Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama