Ibadah Qurban 2023 UTS Trading | Kenapa Kambing di Mekah Lebih Murah ?

Harga Kambing di Mekah Lebih Murah ? | Assalamualaikum, hai korang. Alhamdulillah meriah ye tahun ni beraya haa tak lama lagi raya Aidiladha pula, bila sebut tentang raya Aidiladha ni, ramai yang ingin mengambil peluang untuk melakukan ibadah qurban dan juga akikah  


Tapi ramai lagi yang tertangguh sebab kekangan kewangan, ye lah mana nak cari tempat yang sesuai, tempat penyembelihan dan sebagainya, kos pulak makin lama makin mahal, tak semua orang mampu.

Qaseh faham sangat, sebab tahun sebelum qaseh nak buat akikah untuk anak, memang agak mahal harganya termasuk kos lain ~  nasib baik ayah qaseh ada pelihara lembu so boleh lah kawtim dengan ayah sendiri heheh, tapi korang jangan risau, sekarang ramai melakukan ibadah qurban secara online sahaja di Mekah kerana harga kambing di Mekah jauh lagi murah jika dibandingkan dengan harga kambing di Malaysia.

Kenapa harga kambing di Mekah lebih murah? 


Kalau korang nak tahu, kambing adalah makanan asasi di sana jadi harganya lebih murah jika dibandingkan di Malaysia,di Malaysia, kita tak selalu makan kambing kan, selalunya bila hari raya atau ada majlis tertentu sahaja. Jadi ini salah satu pilihan yang boleh membantu korang untuk melakukan ibadah qurban ataupun akikah tanpa perlu risau tentang kos yang banyak. 


Qurban di Mekah Boleh Dipercayai ? 

Betul ke ibadah qurban di Mekah boleh dipercayai ? Normal lah, perasaan risau bila tak nampak di depan mata kan, tapi Alhamdulillah dah ramai yang melakukan ibadah qurban secara online di Mekah, yang penting korang kena lah cari pihak yang menguruskan dengan betul dan dipercayai, Qaseh nak suggest pada korang, memang boleh dipercayai dan berpengalaman dalam mengendalikan ibadah qurban dan akikah di Mekah iaitu melalui UTS Trading Enterprise dan ramai dah melakukan ibadah qurban melalui pihak UTS Trading ni

Kenapa UTS Trading jadi pilihan untuk ibadah qurban di Mekah ? 


Untuk pengetahuan korang, UTS Trading sebuah perniagaan yang menguruskan ibadah qurban dan akikah di tanah suci Mekah, mempunyai kakitangan di Malaysia dan juga Arab Saudi yang berpengalaman lebih 6 tahun dalam menguruskan ibadah qurban di Mekah. Haaa dah 6 tahun tau korang so memang boleh dipercayai 

Yang bagusnya UTS Trading tiada orang tengah atau agen-agen yang di lantik tau (melainkan pendaftaran melalui laman web dan kakitangan syarikat yang sah sahaja) , untuk urusan,mereka berhubung secara terus dengan pembekal di Saudi dan menggunakan pusat sembelihan yang diiktiraf oleh kerajaan Saudi dan semua sembelihan adalah di jamin.

Baca juga : Nama Anak Lelaki {alertInfo}


Ibadah Korban dengan UTS Trading Jauh Lebih Murah dan Jimat !
  • Harga mampu milik dan berbaloi - qaseh dah tengok harga yang ditawarkan memang sangat murah dan berbaloi 
  • Diberikan sijil E-Digital - UTS Trading akan memberikan sijil e-digital buat pelanggan so mereka tidak mengenakan cas yang mahal hanya untul sijil fizikal dan cas pengeposan. Hanya e-digital sahaja.
  • Tiada ejen atau wakil syarikat - UTS tiada ejen tau, jadi tiada tersembunyi bagi bayaran komisyen ejen.
  • Tiada komitmen atau pejabat fizikal - UTS Trading hanya beroperasi 100% secara online, tiada kos tambahan yang akan dikenakan 
  • Tiada orang tengah - UTS beroperasi hampir 6 tahun dalam bidang umrah haji dan ibadah korban serta akikah, mereka berhubung secara terus di Saudi tanpa perlukan orang tengah 


Penerima Daging Qurban di Mekah 

Semestinya bila ibadah qurban dijalankan, daging mentah akan di beri pada mereka yang memerlukan, daging tersebut akan diedarkan dibeberapa negara Islam yang miskin. 

Antara negara yang menerima daging qurban adalah Azerbaijan Bangladesh, Burkina Faso, Chad, Comoros, Djibouti, Gambia, Ghana Guinea Bissau, Guinea Conakry, Iraq, Jordan, Lubnan Liberia, Mali, Mauritania, Mizambique Niger, Pakistan, Palestin, Senegal, Sierra Leone, Sudan, Syria dan Tanzania 
Pusat penyembelihan di Mekah pula sememangnya mempunyai lesen dan permit yang sah lagi-lagi di sana mempunyai peraturan yang ketat berkaitan dengan pemprosesan dan penyembelihan haiwan. Pusat penyembelihan di tanah haram yang ada adalah kurang dari 10. Pusat penyembelihan diadakan di Kilo Asyara Mekah

Bukti Pelaksanaan Ibadah Qurban - Gambar dan Video Diberikan secara Umum


Semestinya jika kita melakukan ibadah qurban, kita ingin melihat dengan mata kepala kita sendiri kan, tapi bagaimana jika melalui online ? Haaa jangan risau, ibadah qurban akan diberikan gambar dan juga video secara umum di whatsapp dan email 

‘’Kalau Aqiqah, korang akan diberikan bukti bergambar dan video secara personal, tapi kenapa ibadah Qurban di berikan secara umum?’’

Untuk pengetahuan korang jemaah Haji tahun 1444H adalah sebanyak 2 juta orang. Kalau dikira purata sembelihan setiap orang jemaah adalah 1 ekor kambing iaitu sembelihan dam dan qurban. Ditambah pula sembelihan qurban yang dibuat oleh penduduk setempat dan orang luar di tanah haram sekitar 1 juta ekor kambing. 

Kira-kira jumlah keseluruhan sembelihan dalam masa 4 hari iaitu 10,11,12 dan 13 Zulhijjah sebanyak 3 juta ekor kambing. Nah ! Mau bengkok jari nak hantar bukti sembelihan pada setiap orang, jadi bukti bergambar dan video akan diberikan secara umum. 






“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”- (Riwayat al-Hakim).

Jangan lupa daftar segera di :

Jadi korang yang mana dah bertangguh lama, yang dah niat untuk lakukan ibadah qurban tahun ni, bolehla melakukan ibadah qurban ni dengan menggunakan khidmat UTS Trading, senang sahaja hanya daftar secara online DISINI , harga pakej qurban untuk seekor kambing hanya RM320 sahaja, untuk pakej aqiqah pula RM350 dan untuk Dam haji juga RM350, murah dan berbaloi sangat 


Kelebihan Melakukan Ibadah Qurban dan Akikah Bersama UTS Trading 

  • Harga yang lebih rendah dalam pasaran dan mampu milik untuk semua orang 
  • Berpengalaman hampir 6 tahun dan menguruskan ibadah Qurban dan Akikah di Tanah Suci Mekah
  • Servis yang pantas dan cekap. Hari ini korang bayar, UTS Trading akan uruskan dengan segera 
  • Mempunyai rangkaian dan pegawai bertugas di Saudi Arabia. Tiada orang tengah dan proses menjadi lebih cepat
  • Haiwan qurban dan akikah akan dipilih secara teliti dan disembelih mengikut hukum syarak
  • Mudah. Semua urusan hanya di hujung jari, dapat jimatkan tenaga, masa dan duit.
  • E-sijil, video dan gambar akan diberikan.

Banyak kelebihan yang korang boleh dapat, yang penting tak perlu nak rungsing, tak perlu nak mencari-cari kerana semua diuruskan dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Haaa tak perlu dah keluar rumah, semua di hujung jari. So, cepat-cepat daftar tau ! 




















 












Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama