Klinik Avicenna : Mengatasi Masalah Ekzema Dengan Rawatan Terkini

Assalamualaikum & holla korang, siapa ada masalah ekzema ? Tersiksa kan bila ada ekzema ni, hanya yang ada masalah ekzema ni je tahu betapa ia menganggu rutin kehidupan harian.

Ekzema

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan. seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.



Ekzema selalunya terjadi di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.Ketahui juga penyebab-peyebab ekzema dan rawatannya. 

$ads={1}

Apa penyebab ekzema?



  • Keturunan.
  • Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
  • Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
  • Infeksi virus.
  • Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
  • Lain lain jangkitan.
  • Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.

Apakah tanda tanda dan gejala ekzema?


Ekzema kelihatan seperti:

Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.Bengkak kecil yang berair.

Macamana Ekzema Itu Dikenalpasti?


Diagnosis ekzema disahkan oleh doktor perubatan atau pakar kulit. Tiada ujian makmal biasanya digunakan.Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal jenis ruam dan bertanyakan soalan terperinci sebelum membuat diagnosa masalah ekzema.Pesakit ekzema juga kebiasaannya mempunyai masalah alahan dan alergi.

Rawatan Ekzema 


Mengikut perubatan konvensional, ekzema merupakan​ penyakit keturunan yang tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.Ekzema cuma dapat dikawal dan rawatan adalah menjurus ke arah mencegah kekerapan keradangan demi meningkatkan jangka waktu kulit bebas ekzema.

Maka kaedah perawatan ekzema menurut perubatan konvensional ialah :


  • Elak pencetus ekzema
  • Emolien dan pelembap mencegah pengeringan kulit
  • Antihistamin untuk mengawal kegatalan 
  • Antibiotik untuk membunuh kuman kulit – 90% kes ekzema ada jangkitan bakteria staphylococcal aureus.
  • Penggunaan steroid (lemah hingga sangat kuat)
  • Penggunaan pengubah imuniti badan (Immunomodulator/Chemo)

$ads={2}

Sedikit sebanyak tentang latar belakang KLINIK AVICENNA

KLINIK AVICENNA ditubuhkan dengan matlamat memberi rawatan untuk penyakit kulit dan estetik yang terbaik untuk semua. Sejak 2018, KLINIK AVICENNA mula berkembang dan menjadi pilihan ramai. Rawatan daripada doktor-doktor terlatih yang profesional dan berpengalaman menjadikan KLINIK AVICENNA pilihan utama untuk semua.


Di KLINIK AVICENNA, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis rawatan Estetik. Dengan kelengkapan mesin-mesin laser terkini, yang mendapat kelulusan dari FDA, rawatan di KLINIK AVICENNA diberi khusus terhadap masalah yang anda hadapi, supaya anda beroleh kulit yang lebih cantik, sihat dan berkualiti.

KLINIK AVICENNA adalah klinik yang berdaftar dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mempunyai taraf LCP Certified Clinic.

Antara rawatan-rawatan yang diditawarkan di KLINIK AVICENNA adalah:


✅Acne (jerawat)
✅Acne scar (parut jerawat)
✅Melasma, freckles, solar lentigen (jeragat)
✅Enlarged pores (pori)
✅Wrinkle (kedut)
✅Panda eye (dark circle)
✅Whitening
✅Lip
✅Hair problem (growth/ hair loss/ hair removal)
✅Keloid/ burn scar
✅Laser
✅Botox, Filler, Skin Booster, ThreadLift
✅Slimming & Fat Melting Injection
✅Skin diseases (Eczema, Skin Infections, Psoriasis, Fungal Infections, Allergy)
✅Sexually Transmitted Diseases (Syphillis, Gonorrhoea, Chlamydia, Genital Wart)
✅Minor Surgery (Cyst, Lipoma, Mole, Xanthelasma, Milia, Keratosis, Syringoma, Wart)


Waktu Operasi KLINIK AVICENNA:
Rabu – Ahad : 10 pagi – 6 petang
Isnin : 10 pagi – 3 petang
Selasa : Cuti  





Untuk pertanyaan dan temujanji di Klinik Avicenna, sila hubungi Klinik Avicenna




Whatsapp:



ALAMAT

1. KLINIK AVICENNA JITRA KEDAH:
NO 4, BANDAR DARULAMAN JITRA,06000 KEDAH.
(SEBELAH DOMINOS PIZZA DAN MYKORI JITRA KEDAH)
Contact No: 04 – 917 6003

2. KLINIK AVICENNA SHAH ALAM:
R-02-05 (TINGKAT 1), EMIRA, JALAN AKUATIK A13/64A,40100,
SHAH ALAM SELANGOR.
(DEPAN AEON MALL SHAH ALAM)
Contact No: 03 – 5038 4478

3. KLINIK AVICENNA BANGI: Coming soon…stay tuned. 😊

Untuk korang yang masih ada masalah yang sama atau any problem dengan masalah kulit boleh sahaja Whatsapp terus ke nombor klinik untuk mendapatkan rawatan dan pertanyaan lanjut 😊

Jom dapatkan rawatan di Klinik Avicenna.

2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Memang tersiksa bila exzema ni. Nak taknak kene rawat dan datang ke klinik Avicenna ni

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama