Ecolite Collagen Bird’s Nest Drinks Review | Beauty In Pouch

Minuman Kolagen Sarang Burung Sedap dari Ecolite |  Banyak khasiat yang boleh kita dapat bila minum sarang burung ni terutamanya untuk kesihatan dan kecantikan, tak susah pun nak cari sarang burung ni, banyak di pasaran tapi qaseh suka minum sarang burung dari Ecolite ni sebab terbukti ramai dah amalkan dan kulit mereka nampak sihat dan muda walaupun dan berusia.

Ecolite bird nest

$ads={1}

Bagaimana Rasa Sarang Burung ?

Bagi korang yang tak pernah minum sarang burung and tertanya-tanya rasa dia macamana, rasa sarang burung ni plain je, tak rasa apa pun sebenarnya dan teksturnya macam jeli. Bila minum sarang burung dari Ecolite ni memang sedap ye dan banyak sarang burung yang ada dalam 1 pouch ni, korang boleh la try gigit sarang burung tu untuk dapatkan rasa tapi ku telan je :p

Packaging Baru Ecolite Collagen Bird’s Nest
ecolite bird nest
Packaging baru 

Bagi pengguna sarang burung Ecolite semestinya sudah tahu dahulu packaging Ecolite Collagen Bird’s Nest ni dalam botol kaca. Haaa sekarang dah berwajah baru tau korang, Ecolite dah tukar packaging baru dalam bentuk pouch. Seriously qaseh happy bila Ecolite tukar packaging baru ni sebab ia lagi memudahkan dan senang nak bawa kemana-mana tanpa rasa risau ia pecah

Ecolite bird nest
Packaging lama 

Tapi jangan risau, semua masih sama hanya packaging sahaja yang berubah. Tengoklah size Ecolite Bird’s Nest yang baru ni kecil dan cute je, bila dah busy nak keluar rumah kan tapi tak sempat nak minum, nah letak je dalam handbag dan boleh minum dalam kereta, di pejabat dan sambil borak-borak dengan kawan pun sempat je nak minum tau.

Ecolite bird nest

3 Perisa Ecolite Collagen Bird’s Nest 

  • Original 
  • Longan
  • Lychee & Rose Syrup

Ecolite Bird’s Nest Perisa Original 



Bahan kandungan :  Bird’s Nest, Rock Sugar, Cane Sugar, Water 

Ecolite Bird’s Nest Perisa Longan 

Perisa longan ecolite bird nest

Bahan kandungan : Bird’s Nest, Rock Sugar, Collagen Peptide Dried Longan Piece, Water

Ecolite Bird’s Nest Perisa  Lychee & Rose Syrup

Ecolite bird nest

Bahan kandungan : Bird’s Nest, Rock Sugar, Lychee Syrup, Rose Syrup, Water

1 pouch tu memang tak cukup ye sebab sedap tapi untuk pengambilan harian 1 pouch sehari dah cukup dah untuk badan kita, lagi sedap letak dalam peti sejuk dah satu hal pulak berebut pulak dengan anak. Anak-nak pun suka minum haha adoi nanti habis la kulit semua ‘toink-toink’ :p 

Favourite qaseh antara ketiga-tiga tu adalah Lychee & Rose Syrup, rasa dia manis-manis sirap laici macam tu, kalau korang sukakan buah longan mesti korang akan jatuh cinta dengan perisa Longan tu.

Rasa sarang burung ecolite

$ads={2}

Khasiat Sarang Burung Untuk Kesihatan dan Kecantikan

Sarang burung ni memang terkenal dalam masyarakat cina, selalu kan mereka suka sangat minum sup sarang burung haa sebab tu mereka ni walaupun dah berumur, masih kuat dan sihat. Sarang burung sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan bukan hanya untuk wanita tapi juga untuk lelaki. Antara kelebihan dan khasiat bila minum sarang burung :
  • Tidak mengandungi bahan pengawet tambahan atau pewarna tambahan
  • Sesuai untuk semua generasi termasuk wanita hamil
  • Terbukti secara saintifik dapat membantu memulihara sel, sistem pernafasan dan organ dalaman
  • Membantu memperbaharui sel-sel kulit agar lebih gebu, berseri, anjal dan awet muda
  • Sarang burung juga mengandungi bahan yang boleh melancarkan sistem aliran darah
  • Anti-aging 
  • Protein aktif dalam sarang burung meransang pembesaran sel dalam meningkatkan sistem imunisasi dan menguatkan ketahanan badan dalam melawan penyakit
  • Sarang burung Ecolite ada HALAL certified {alertInfo}

Harga Ecolite Bird’s Nest Drink di Guardian

Murah sangat ! Memang qaseh nak beli buat stok je, bila dah masuk umur 30-an ni memang kena ada makanan tambahan untuk anti-aging (sis tak takut tua tau tapi sis nak stay awet muda :p ! ) 

Loose Pack : RM5.00 sahaja 1 pouch {alertInfo}
Cluster Pack : RM30.00 (6 pouch)

Tapi boleh dapat harga murah lagi bila Guardian buat sale tau korang. Nak murah wajib beli waktu sale heheh

Cara Minum Collagen Ecolite Bird’s Nest 

Khasiat sarang burung ecolite

1 pouch sekali sehari, sebaiknya minum dengan perut kosong 
Waktu pagi : sebelum sarapan / Waktu malam : sebelum tidur

Jangan lupa goncang sebelum minum , lagi sedap letak dalam peti sejuk, serious sedap ! 

Mana Nak Dapatkan Ecolite Bird’s Nest ?

Mana nak beli ? Korang boleh dapatkan di mana-mana cawangan Guardian terdekat. Korang nak kulit ‘toink-toink’ jugak haaa jangan lupa dapatkan juga okie ! Jangan jeles kulit qaseh jadi anjal dan gebu nanti : p

Ecolite collagen bird’s nest

More Info :




7 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. sarang burung ini memang terkenal dengan pelbagai khasiatnya, jadi tidak rugi kalau mencubanya...hihihi

    BalasPadam
  2. Suka sangat dengan birdnest ecolite ni.. Segar je bila minum lagi syok masuk peti sejuk..

    BalasPadam
  3. Suka laaa packaging baru ni, senang bawak travel!

    BalasPadam
  4. Sedp u yg longan. Pek mcm ni lagi senang sbb kalau botol kaca ni macam berat n shipping pon akan jadi mahal

    BalasPadam
  5. Nak komen gambaq² Qaseh lawa boleh dak ? Haha ! Btw , nampak mcm menarik boleh cuba harga pun berpatutan 🥰

    BalasPadam
  6. Sedap tau yang sirap laici tu. Murah pun murah.

    BalasPadam
  7. sedapnyaaaa dulu selalu beli kalau jumpa....lawa plak packaging baru dia...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama