Pakej Percutian ke Indonesia Bersama Sahabat Holidays Indonesia

Melancong dan bercuti ke Indonesia adalah salah satu impian qaseh. Indonesia sememangnya negara yang penuh dengan budaya, alam semulajadi dan keunikan tersendiri yang ramai orang akan jatuh cinta bila jejakkan kaki di sana. Mungkin korang juga sama macam qaseh dan mungkin tengah mencari tempat-tempat menarik atau pakej percutian ke Indonesia. Masa yang tepat sebab qaseh nak kongsikan pakej percutian ke Indonesia bersama Sahabat Holidays Travel & Agency 

Pakej percutian indonesia

$ads={1}

For me, bila pertama kali ingin ke sesebuah tempat semestinya qaseh lebih suka memilih travel agency yang mempunyai pakej-pakej menarik yang telah di tetapkan. So, tak perlu nak pening untuk cari hotel, tempat menarik di Indonesia, aktiviti menarik di Indonesia dan sebagainya sebab i nak pergi cuti-cuti nak enjoy, taknak ada masalah okay ! Masalah tu semua serahkan je pada travel agency hihihi.

 

Pakej Percutian ke Indonesia Bersama Sahabat Holidays 

Sahabat holidays indonesia

$ads={1}


Qaseh tertarik dengan pakej percutian ke Indonesia yang disediakan oleh Sahabat Holidays ni sebab hampir seluruh Indonesia yang mereka boleh bawa dan qaseh tertarik untuk pergi ke Wilayah Sumatra yang mana di sini banyak tempat-tempat menarik dan popular bila ingin melancong ke Indonesia. Kiranya tempat hot dan cantik sangat dan wajib masukkan Wilayah Sumatra ni dalam list tau !

 

Kenapa Perlu Memilih Sahabat Holidays Indonesia?

 

Sahabat holidays indonesia

 $ads={1}

Sahabat Holidays Indonesia adalah travel agency yang berlesen dan boleh dipercayai, berpengalaman lebih dari 7 tahun dalam bidang pelancongan dan dikendalikan oleh warga Indonesia yang berpengalaman. Pengasas Sahabat Holidays pula ialah Encik Yusuf yang berpengalaman sejak dari 2011 lagi. 

 

Dengan moto Friendly & Fun, korang akan dapat kepuasan dan pengalaman baru yang terbaik. Sahabat Holidays akan menjadi sahabat terbaik dalam meneroka alam yang indah itu haaa gituuu.  Baca ni pun dah tak sabar nak pergi bercuti kan. 

 

Untuk sekarang, Sahabat Holidays fokus kepada Inbound Tours untuk pasaran Asia seperti Malaysia, Brunei Darussalam, Thailand, Singapura dan pasaran Domestik. {alertInfo}

 

Tempat Menarik di Wilayah Samutra Indonesia yang korang perlu tahu 

Kalau korang nak tahu, Wilayah Samutra menyimpan keindahan alam dan budaya yang sangat memukau. Dari Danau Toba yang cantik dan megah hingga hutan hujan Gunung Leuser korang akan dapat pengalaman yang menakjubkan. Jom qaseh kongsikan tempat-tempat menarik yang akan dibawa oleh Sahabat Holidays 

 

Medan Indonesia

 

Pakej percutian indonesia

Banyak tarikan tersembunyi yang ada di bandar Medan ni tau dan ia merupakan bandar ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta. Medan ni boleh dikatakan semua ada, makanan halal,pusat beli belah, budaya, sejarah dan alam semulajadi. Antara tempat menarik dan best di Medan Indonesia  :

 

 

  •  Danau Toba - Keindahan alam semulajadi, seriously tempat ni cantik gila !
  •  Pulau Samosir - Sejarah dan warisan suku batak
  •  Berastagi - Air Terjun 2 warna
  •  Parapat - Penghubung ke danau toba
  •  Ambarita Village
  •  Efrata Waterfall
  •  Holbung Hill
  •  Kampung Tomok
  •  Masjid besar Al-Majsun

 

Pakej percutian sahabat holidays indonesia


Klik : Pakej Percutian dan Itinerary di Medan Indonesia {alertSuccess}

 

Padang dan Bukit Tinggi Indonesia

Pakej percutian indonesia


Bagi Indonesia, Padang adalah salah satu syurga pelancongan yang menarik kerana ianya berbeza dan mempunyai keunikan tersendiri. Kat sini korang boleh cuba makanan Padang yang sedang dan panorama alam yang sangat cantik tau. Padang juga kaya dengan kebudayaan, kehebatan masakan di sini memang tiada tandingan. Antara tempat menarik yang korang akan explore bersama Sahabat Holidays :

 

 

  •  Air Terjun Lembah Anai
  •  Muzium Rumah Gadang (Rumah Minangkabau)
  •  Pandai Sikek (proses pembuatan pakaian tradisional dari Minangkabau)
  •  Lembah Harau
  •  Kelok 9
  •  Batusangkar
  •  Istana Pagaruyung
  •  Membeli-belah di Kiniko
  •  Jam Gadang Big Ben
  •  Panorama Ngarai Sianok (Lembah Sianok)
  •  Sungai Landi
  •  Tasik Maninjau
  •  Pantai Padang
  •  Jambatan Siti Nurbaya
  •  China Town 

Sahabat holidays indonesia


Klik : Pakej Percutian dan Itinerary di Padang dan Bukit Tinggi Indonesia {alertSuccess}

 

Banda Aceh, Indonesia

Pakej percutian indonesia


Pastinya semua orang tahu Banda Aceh terkenal dengan peristiwa pahit yang menggemparkan dunia iaitu Tsunami yang terjadi pada Disember,2004. Namun dari kehancuran itu, muncul semangat dan ketahanan masyarakat Acheh untuk membangunkan semula Banda Aceh. Ada monumen dan muzium untuk menghormati peristiwa ini dan sekarang Banda Aceh kembali gah dan pulih

 

Bila melancong ke sini, korang akan dapat pengajaran dari peristiwa tersebut so Banda Aceh banyak sejarah-sejarah tersendiri dan ada pantai yang cantik, Sahabat Holidays akan membawa korang di :

 

  • Tsunami Mass Grave
  • Baiturahman Mosque
  • Aceh Tsunami Museum
  • Sabang island
  • PLTD Apung
  • Pintu Khop (Khop Gate) 
  • Kapal Apung Lampulo
  • Shopping at Pasar Atjeh
  • Cut Nyak Dien House
  • Lampuuk Beach and Lhoknga Beach
  • Makam Sulthan Iskandar Muda
  • Pesantren and Rumah Yatim.  

 Sahabat holidays indonesia

 

Klik : Pakej Percutian dan Itinerary di Banda Aceh, Indonesia {alertSuccess}

 

Pekan Baru, Indonesia

Tempat menarik di indonesia


Apa yang menarik di Pekan Baru Indonesia ? Haa ia merupakan ibu kota provinsi Riau dan merupakan pusat ekonomi utama di bahagian Timur Pulau Samutera. Pekan Baru dikenali sebagai pusat ekonomi dan budaya penting dan ia juga dikenali sebagai industri minyak dan gas serta peranannya sebagai pusat perdagangan dan perindutrian. Sahabat Holidays akan membawa korang ke tempat-tempat menarik yang ada di Pekan Baru :

 

  • Riau Fantasi
  • Istana Siak Sri Indrapura
  • Candi Muara Takus
  • Rainbow Hills Rumbai
  • Masjid Agung An-Nur
  • Trans Studio Mini Pekanbaru
  • Kawah Biru
  • Taman Wisata Refi
  • Anjungan Seni Idrus Tintin


 Pakej sahabat holidays indonesia


Klik : Pakej Percutian dan Itinerary di Pekan Baru, Indonesia {alertSuccess}

 

Palembang, Indonesia

Pakej percutian ke indonesia


Palembang terletak di sepanjang Sungai Musi, dan ia juga merupakan pusat ekonomi serta perdagangan yang penting di kawasan tersebut. Ia mempunyai beberapa tarikan pelancongan, termasuklah jembatan Ampera yang terkenal dan makanan tradisional seperti pempek yang popular di seluruh Indonesia. Tempat menarik di Palembang :

 

 

  • Jembatan Ampera
  • Masjid Cheng Ho Palembang
  • Kampung Arab Al Munawar
  • Pulau Kemaro
  • Air Terjun Bidadari Palembang
  • Arung Jeram Sungai Manna
  • Gunung Dempo
  • Muzium Al Quran Palembang
  • Hutan Punti Kayu


 Pakej percutian ke indonesia


Klik : Pakej Percutian dan Itenerary di Palembang, Indonesia {alertSuccess}

Best kan korang tempat-tempat menarik di bawah tour Sahabat Holidays ni, semua tempat cantik dan qaseh rasa memang berbaloi sangat untuk korang ambil pakej percutian ke Indonesia bersama Sahabat Holidays ni. Harga pun berpatutan ye. Kalau dah cukup tabungan untuk travel tu jangan simpan lama-lama nanti habis haaaa 


Pengalaman Melancong ke Indonesia bersama Sahabat Holidays 

Seronok qaseh tengok feedback-feedback dan pengalaman yang positif dari pelancong yang dah menggunakan perkhidmatan Sahabat Holidays ni, semua nampak happy je, eh of course lah happy ! Sahabat Holidays kan ibarat sahabat terbaik di sepanjang masa korang bersama mereka. 

Sahabat holidays indonesia

Sahabat holidays indonesia

Sahabat holidays indonesia
Ni kawan qaseh sendiri dah pergi, seronoknya hampaa nohh ! 





Kelebihan Melancong dengan Travel Agency - Sahabat Holidays

  1. Kepakaran dan pengetahuan yang luas
  2. Menjimatkan masa
  3. Harga yang berbaloi
  4. Keperluan yang lengkap
  5. Membantu ketika kecemasan
  6. Fleksibiliti
  7. Keselesaan terjamin
  8. Sahabat travel terbaik 

Bagaimana nak booking pakej dengan Sahabat Holidays 

Nah lastly korang boleh booking pakej yang menarik ni dengan pihak Sahabat Holidays, qaseh jamin semuanya akan diatur beres dan korang akan gembira sepanjang perjalanan. Kalau pergi Indonesia jangan lupa ole-ole buat qaseh ! Boleh contact di info yang qaseh berikan di bawah ni okay ! Selamat bercuti ke Indonesia !






4 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. indonesia banyak tempat menarik boleh pergi. tiap tahun travel ke sana pun tak habis ronda

    BalasPadam
  2. Saya dah pernah sampai Aceh waktu belajar dulu, trip yang menginsafkan. Pulau Sabang pula mmg cantik dan best snorkeling.

    BalasPadam
  3. Nampaknya banyak wilayah Sumatra yang belum saya jejaki. Terima kasih kongsi info yang sangat bermanfaat ini.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama