Sujud sahwi adalah cara Allah SWT memberi peluang kepada kita untuk memperbetulkan kesilapan kita dalam solat. Betapa sayangnya Allah SWT kepada hamba-hambaNYA. Setiap detik dalam solat adalah detik yang penting kerana itu lah cara kita berkomunikasi dengan Allah tapi sebagai manusia yang tak sempurna kadang-kadang kita melakukan kesilapan dalam solat.
$ads={1}
$ads={1}
Ramai yang masih belum tahu jika kita terlupa rakaat atau terlupa baca doa qunut, kita masih boleh membetulkan solat. Perkongsian kali ini adalah bagaimana cara sujud sahwi dengan betul,hukum sujud sahwi, bila perlunya kita melakukan sujud sahwi dan semoga perkongsian dapat menambah ilmu sebagai umat islam
Apa itu Sujud Sahwi ?
Dari Abu Sa‘id al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
إذَا شَكَّ أحَدُكُمْ فِي صَلاَتِهِ فَلْيُلْقِ الشَّكَ وَلْيَبْنِ عَلَى الْيَقِينِ، فَإذَا اسْتَيْقَنَ التَّمَامَ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ، فَإِنْ كَانَتْ صَلاَتُهُ تَامَّةً كَانَتِ الرَّكْعَةُ نَافِلَةً وَالسَّجْدَتَانِ، وَإنْ كَانَتْ نَاقِصَة ًكَانَتِ الرَّكْعَةُ تَمَاماً لِصَلاَتِهِ وَكَانَتِ السَّجْدَتَانِ تَرْغِيمَتَىِ الشَّيْطَانِ.
(رواه أبو داود)
Maksudnya: "Jika seseorang daripada kamu ragu-ragu dalam sembahyangnya, maka hendaklah membuang dan meninggalkan keraguan tersebut dan tetapkanlah bilangan raka‘at yang diyakini (yang paling sedikit). Maka apabila dia telah yakin akan kesempurnaan sembahyangnya itu, hendaklah dia melakukan dua kali sujud (sujud sahwi). Jika ternyata sembahyangnya adalah sempurna (empat raka‘at), maka raka‘at tambahan (yang kelima) dan sujud sahwi tersebut adalah sebagai nafilah (amalan sunat). Dan jika ternyata sembahyangnya kurang, maka raka‘at keempat itu adalah sebagai pelengkap sembahyangnya, dan dua sujud sahwi pula sebagai pengajaran (tamparan) bagi syaitan".
(Hadits riwayat Imam Abu Daud)
$ads={2}
Hukum Sujud Sahwi
Hukum Sujud Sahwi dalam Solat Berjemaah
Baca juga : Sedekah Subuh {alertInfo}
Cara Sujud Sahwi Dengan Betul dan Lengkap Dalam Jawi dan Rumi
“beliau (Nabi) sujud dua kali. Ketika itu beliau bertakbir pada setiap akan sujud dalam posisi duduk.” (HR. Bukhari Muslim)
1. Niat (sewaktu duduk antara dua sujud). Boleh niat dalam bahasa rumi kerana tiada niat khas untuk sujud sahwi : “Sahaja aku sujud sahwi’’ dan lafazkan di dalam hati.
2. Sujud pertama : Selepas niat terus sujud dan baca bacaan di bawah sebanyak 3 kali :
سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ
Subhana Man Laa Yanaamu Walaa YasHuu
Maksudnya : Maha Suci Engkau Ya Allah, Rabb kami, dengan segala pujian kepada-Mu, ampunilah dosa-dosaku
3. Kembali pada kedudukan duduk antara dua sujud, waktu ni kita boleh diam sekejap atau pun boleh baca bacaan duduk antara dua sujud seperi dalam solat fardhu
4. Sujud kedua : Kemudian sujud sahwi yang kedua dengan bacaan seperti sujud sahwi pertama tadi.
5. Kembali pada kedudukan duduk antara dua sujud seperti kita melakukan tahiyat akhir dan sudahi dengan salam
Bila Perlu Melakukan Sujud Sahwi ?
- Terlupa atau ragu-ragu pada bilangan rakaat
- Terlupa tahiyat awal
- Terlupa membaca qunut
- Melakukan perbuatan yang dilarang dalam solat
- Melakukan rukun bukan pada tempatnya
- Tertinggal rukun solat kecuali niat dan takbiratulihram
- Meninggalkan sunat Ab’adh
- Kita tidak ingat rakaat berapa kita sedang solat, contohnya rakaat kedua atau ketiga. Maka tetapkan ia sebagai rakaat kedua dan teruskan solat sehingga selesai dan tutup solat tersebut dengan sujud sahwi. (Jika terlupa rakaat lebih selamat untuk memilih rakaat yang terdahulu atau yang sedikit)
- Jika ketika sujud, ada rasa was-was dan tidak ingat sudah melakukan rukuk atau tidak, wajib ulangi semula rakaat tersebut dan teruskan solat hingga selesai dan tutup ia dengan sujud sahwi
- Membaca Al-Fatihah bukan pada tempatnya kerana tidak khusyuk atau berkhayal , jika masih dalam keadaan berdiri, ulanglah bacaan Al-Fatihah itu dan teruslah solat seperti biasa dan tutup ia dengan sujud sahwi
- Jika bergerak lebih dari 3 kali atau melafazakan sesuatu yang bukan bacaan solat juga boleh tutup solat dengan sujud sahwi
Ada 3 Jenis Sujud
- Sujud sahwi
- Sujud tilawah
- Sujud syukur
I never knew the significance and proper procedure of Sujud Sahwi in Salah. It’s truly amazing how Allah SWT gives us the opportunity to rectify our mistakes during prayer. His love and mercy towards His servants are truly unparalleled. 🙌
BalasPadamI totally agree that every second in Salah is crucial as it is our way of communicating with Allah. As imperfect beings, we may sometimes make mistakes, but it’s reassuring to know that we can still correct our prayers. The step-by-step guide and the inclusion of the Arabic text are really helpful. Now I have a better understanding of when and how to perform Sujud Sahwi properly. 😊
It’s interesting to learn about the different types of Sujud, like Sujud Tilawah and Sujud Syukur. Each serves a unique purpose and shows our devotion to Allah in different circumstances. 📖🙏
BalasPadamThe hadith shared in the post is a great reminder to have certainty in our prayers and not let doubts linger. And the explanation about the rulings for Sujud Sahwi in congregational prayer is quite enlightening too. It’s important to follow the imam’s lead and adhere to the proper etiquettes of Salah.