Qaseh ada baca satu artikel ni tau, sebab hari tu qaseh ada buat carian cara menajamkan minda anak, sebab Rayyan ni kadang hilang fokus. Risau lah sebab tahun ni dah masuk darjah dua, silibus lagi la susah. Berbalik cerita tadi, artikel tu ada share tau, seorang mak ni amalkan campuran air bersama madu dan saffron untuk anak-anak dia
Qaseh terfikir jugak, ye lah kita dimomokkan dengan minum tettt jadi kuat, minum tuutttt untuk perkembangan tapi bila tengok bahan kandungan penuh dengan gula ajer haih. So qaseh pun nak ubah, lebih baik lambat berubah dari tak berubah langsung ye dak ~
$ads={1}
Kali ni qaseh nak kongsikan tentang kebaikan madu saffron yang banyak beri kesan baik dan kebaikan untuk kesihatan, kecantikan dan juga memberi ingatan yang tajam jika diamalkan, bukan untuk anak-anak sahaja tapi untuk seisi keluarga
Apa Itu Saffron
Bila sebut pasal Saffron ni memang kita dah tahu, ia sesuatu yang mahal sebab ia bukannya senang di cari. Saffron di gelar juga sebagai ‘Raja Rempah’ dan ‘emas merah’ yang berasal dari Asia Tenggara. Saffron berasal dari stigma bunga Crocus Sativus Linneaus atau Crocus Saffron.
Gabungan Madu dan Saffron
Bayangkan khasiat Saffron di gabungkan pula dengan khasiat madu yang terbaik. Bila kita amalkan hari-hari inshaAllah kita akan dapat kesihatan yang baik, lagi-lagi jika diamalkan untuk anak-anak, sangat bagus bagi menajamkan minda mereka
$ads={1}
Sejak dua menjak ni qaseh ada amalkan Madu saffron Iran (Saffron Iran dikenali dengan kualiti tinggi dan aroma yang kuat dan Iran merupakan pengeluar Saffron yang terbesar di dunia )
Madu Saffron Iran dengan Zam-Zam
Madu Saffron Iran ni campuran beberapa jenis madu hutan asli dengan perapan helaian bunga saffron yang berkualiti tinggi yang diimport dari Iran. Setiap 300g madu saffron mengandungi 1 gram pati saffron asli dengan beberapa herba yang terpilih dan di bancuh bersama air zam-zam tulen
Qaseh amalkan bukan untuk diri qaseh je tapi selebihnya untuk anak, sebab qaseh perasan Rayyan ni kadang kurang fokus pada apa yang qaseh bagitau, dia macam cepat bosan haaa anak korang pernah tak macam tu ? Betullah nak anak bijak ni bukan fokus belajar ajerr tapi kena tengok juga pemakanan diorang so yang perlu buat kita la sebagai mak bapak nya, betul dak ~
Kadang pagi-pagi bagi air coklat, milo , susu yang bergula huhuhu dalam tak sedar bagi kesan juga pada pembesaran fizikal dan juga mental. Jomlah kita tukar, bagi madu saffron untuk otak anak kita sebelum pergi sekolah [ power combination ]
Kebaikan Madu Saffron Iran
Dalam kitab Tib Al-Imam Ali m.s. 381, Imam Ali KMW menyatakan yang bermaksud: "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir." {codeBox}
- Menguatkan ingatan dan menpertajam fikiran
- Menghilangkan rasa resah gelisah
- Menenangkan hati dan fikiran
- Menambahkan tenaga rohani dan jasmani
- Menjadi asbab kecerdasan akal
- Meningkatkan imuniti badan
- Menstabilkan kehangatan tubuh
- Memberi tidur yang lena pada waktu malam
- Melegakan sakit sendi
Beri Air Madu Saffron Iran Untuk Anak
- Membantu kuatkan memori anak-anak
- Mudahkan proses memahami ilmu baru
- Membantu anak lebih fokus bila belajar {alertSuccess}
$ads={1}
Mula-mula mungkin anak taknak sebab Rayyan ni sejenis tak boleh tengok air warna lain mula lah rasa pelik : | tapi bila dah lama-lama buat dia sendiri yang akan minta untuk minum sebelum pergi sekolah dan boleh terus minum madu tu tanpa campur dalam air
Bila dah selalu cuba, haaa asyik mintaklah pulak nak minum madu saffron ~ sabo jer la, karang tahu-tahu dah habis sebotol ~
Qaseh pun dah try, rasa dia berbeza dengan madu biasa tapi tetap sedap cuma rasa dia lagi kuat, manis madu dan rasa Saffron tu sendiri. Qaseh lebih suka minum terus macam tu je. Alhamdulillah jom kita semua amalkan supaya banyak kesan positif yang kita dapat
Salah satu sebab adalah qaseh lately ni cepat betul pelupa :( belum tua lagi dah lupa itu ini, taknaklah ada penyakit nyanyuk di kemudian hari, so semoga madu saffron ni lebih menguatkan ingatan qaseh, laki (supaya tak lupa bini dia) dan menajamkan minda anak-anak, supaya Rayyan jadi anak yang cerdik bijak pandai, ameen
$ads={1}
Cara Pengambilan Madu Saffron Iran
Untuk tajamkan akal fikiran : Minum 2 sudu pada waktu pagi selepas sarapan (sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa)Amalan harian : 3 sudu madu dan dibancuh dengan sebotol air putih. Boleh diminum sepanjang hariUntuk menenangkan diri : Diambil bila perlu. Bancuh 3 sudu madu bersama secawan air sejuk dan diminum sehingga habisMasalah sakit sendi dan tidur lena : Minum 1 sudu madu setengah jam sebelum tidur dan minum air putih segelasBoleh juga di amalkan seperti madu-madu lain yang korang selalu minum {alertWarning}
Pastikan jangan pilih yang tiruan tau, jangan pilih yang ada pengawet dan gula tambahan. Kita nak sihat kena cari yang betul-betul original. Mahal sikit takpe jangan beli tiruan nanti sakit yang dapat
Qaseh beli dekat sini — > Madu Saffron Iran Original {alertInfo}
$ads={1}
Tags:
apa itu madu saffron
harga madu saffron
kebaikan madu saffron jika diamalkan dalam kehidupan harian
Kebaikan madu saffron untuk anak-anak
masu daffron membantu menajamkan minda dan kuatkan ingatan