Jom Jana Pendapatan dengan Al-Ard Sambil Membantu Ekonomi Palestin

Jom Jana Pendapatan bersama Al’ard | Zaman sekarang makin maju, makin senang untuk menjana pendapatan lagi-lagi melalui internet / online sahaja, berbeza dari zaman dahulu kala. Bagi sesiapa yang tengah mencari pendapatan dari rumah, hari ni qaseh nak share untuk korang peluang menjana pendapatan di samping berjihad membantu ekonomi  rakyat Palestin.

Jihad Ekonomi Palestin

Macam yang sedia kita maklum, kita sememangnya tidak mampu untuk berperang bersama-sama dengan rakyat Palestin tapi kita boleh berjihad dalam membangunkan kembali ekonomi Palestin, seperti yang kita sudah lakukan dengan kempen boikot barangan musuh, kita juga boleh membantu dengan membeli produk-produk dari Palestin untuk memperkukuhkan ekonomi mereka

Allah SWT menjanjikan pahala berlipat kali ganda kepada mereka yang memberikan sumbangan jihad sehingga mengatasi pahala sedekah dan sumbangan kebajikan yang lain. Hal tersebut dijelaskan oleh firman Allah SWT:

 

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ٢٦١

 

“Perumpamaan (infaq) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, adalah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah: 261)

 Peranan Al-Ard Far East Sdn Bhd

Al’ard

Anak Syarikat Pertama Al’Ard di Luar Palestin

Al-Ard Far East Sdn Bhd adalah cawangan luar negara pertama Al’Ard Palestinian Agri Products Ltd, yang berpusat di Nablus, Palestin. Mereka sememangnya berdedikasi memperkenalkan produk pertanian Premium Palestin ke pasaran antarabangsa khususnya Asia. Selain meningkatkan ekonomi Palestin, misi Al’Ard juga untuk menyebarkan kesedaran global tentang kualiti premium produk Palestin dan juga diakui oleh Duta Besar Palestin ke Malaysia

Genap Sedekad di Malaysia

Al’Ard adalah satu-satunya syarikat Palestin yang beroperasi di Malaysia iaitu di Shah Alam.Setelah 10 tahun jenama Al’Ard berada di pasaran Malaysia, pelbagai usaha yang telah dijalankan untuk membawa kesedaran tentang produk premium yang dihasilkan oleh para petani Palestin.



Sejak sepuluh tahun lalu, model simbiosis telah dilaksanakan di Malaysia. Al’Ard bermula di Malaysia dengan sistem ejen.Rakyat Malaysia mendapat bekalan terus dari Palestin dan dapat menjana pendapatan melalui perniagaan, dalam masa yang sama dana dapat disalurkan secara terus kepada rakyat Palestin melalui traksaksi perniagaan yang sah 

Sekarang juga, kempen ‘Palestin di Setiap Rumah’ sedang berlangsung. Sasaran Al’Ard adalah untuk menghantar 3 juta ringgit ke Palestin. Sejak permulaan kempen pada wala Disember 2023, mereka sudah berjaya membuat penghantaran dana ke Palestin sebanyak USD 340,000.00 bersamaan RM 1,914,790.00. Alhamdulillah satu kempen yang sangat bagus

Al’Ard Mengeluarkan Produk Yang Berkualiti Tinggi

Sememangnya qaseh pun dah pernah cuba produk-produk dari Al’Ard iaitu minyak zaitun yang premium. Sememangnya produk Al’Ard memang berkualiti walaupun banyak halangan.


Syarikat pengeluar Al’ard Palestinian Agri Products di Nablus, Tebing Barat Palestine memiliki ISO-22000, FAIRTRADE & HALAL Palestine
  • Melalui pelbagai ujian di makmal milik Kementerian Pertanian Palestine serta mempunyai 3 sijil CoA, Certificate of Analysis dari Kementerian Pertanian Palestine, Independent Laboratory dan IOC Certified Laboratory serta sijil CoO, Certificate of Origin dari Palestine Ministry of National Economy
  • Mematuhi syarat standard dan piaiwaian badan-badan kerajaan di Palestine dan badan antarabangsa dunia seperti International Olive Council


Produk-produk Al’Ard di pasaran Malaysia


Banyak produk Al’Ard di pasaran Malaysia seperti organic olive oil, spice & herbs, grains, Paletin Olive Oil, Olive Oil Soap, Black Seed dan banyak lagi, korang boleh tengok di web https://alardproducts.my/


Kepentingan Menyokong Produk Palestin

Kenapa pentingnya kita menyokong produk Palestin adalah untuk memberi sokongan ekonomi tempatan mereka yang sering terjejas akibat konflik dan sekatan. Dengan menyokong ekonomi mereka, kita membantu rakyat Palestin untuk lebih berdikari dan mengurangkan kebergantungan pada bantuan antarabangsa

Dengan memilih menyokong produk Palestin, kita menunjukkan sokongan solidariti dengan rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk kebebasan dan keadilan. Ramai rakyat Palestin bergantung pada sektor perniagaan kecil dan pertanian sebagai sumber pendapatan. Jadi, ia memberi impak yang besar kepada petani kecil di Palestin, untuk menyara kehidupan keluarga, melindungi pertanian tempatan dari sekatan, memperkukuhkan ekonomi komuniti tempatan dan banyak lagi

Yang pasti sokongan kita bukan sahaja membantu mereka dari segi kewangan tetapi memberi harapan dan keberanian untuk meneruskan usaha mereka walaupun dalam keadaan sukar

Dengan itu Al’Ard membuka peluang kepad individu dan syarikat untuk menyertai Al’Ard dalam misi ekonomi ini melalui Program Partner Al’Ard
 

Program Partner Al’Ard

Jika sebelum ni, Al’Ard Malaysia menjalankan kaedah penjualan secara terus kepada pengguna dan sistem ejen. Al’Ard telah menambah baik sistem dengan memperkenalkan Sistem Al’Ard Partner

Apa itu Partner Al’Ard?

Ia adalah program dan usaha yang telah dilancarkan pada awal tahun 2024 bertujuan untuk merancakkan aktiviti pemasaran dan penjualan produk  Al’Ard. Dengan adanya sistem Al’Ard ini, ia dapat memberikan banyak kelebihan kepada para penjual Al’Ard seperti :
  • Proses pemesanan stok yang pantas dalam sistem
  • Menyemak stok produk yang tersedia
  • Membezakan kadar keuntungan bagi setiap produk, komisen dan ‘Helper Insentive’ yang baru diperkenalkan
  • Hebahan kempen dan bahan pemasaran yang lebih pantas 

Program macam ni sangat bagus ya, kalau sebelum ni ianya dibuat secara manual melalui whatsapp so mengikut zaman yang makin moden, sistem pun kena laju dan pantas

3 Kategori dalam Al’Ard Partner 

Gold Partner 

- Margin keuntungan sehingga 40%
- Pembelian pertama RM3,888.00
- Pembelian seterusnya / pembelian minima RM1,888.00

Silver Partner

- Margin keuntungan sehingga 32%
- Pembelian pertama RM388.00
- Pembelian seterusnya / pembelian minima RM388.00

Bronze Partner 

- Margin keuntungan sehingga 20%
- Pembelian pertama RM188.00
- Pembelian seterusnya / pembelian minima RM188.00 

Sales Kit 

Al’Ard juga turut menawarkan sales kit / marketing support seperti :

  • Channel Telegram Konten
  • Gambar/Poster/Video
  • Flyers Product
  • T-Shirt Al’Ard
  • Bunting
  • Promotion Stand
  • Non-Woven Bag
  • Web Listing

Jom Rebut Peluang ini

Haa korang, ini lah masa untuk menjana pendapatan bersama Al’Ard dan dalam masa yang sama join untuk merealisikan misi Al’Ard untuk meningkatkan taraf kehidupan serta ekonomi di Palestin, inshaAllah ada saham di ‘sana’ kelak atas usaha murni ini. Sesuai dengan hashtag #BantuDiriBantuPalestin

Dengan ini korang boleh menyertai jihad ekonomi Palestin melalui Program Partner Al’Ard. 

Daftar sebagai Partner Al’Ard sekarang

Untuk mendaftar sebagai partner Al’Ard, sila layari laman web www.partneralard.com atau hubungi https://wasap.my/60132615878/SertaiPartnerAlard


More Info :
Produk Al’Ard : https://alardproducts.my/
Partner Al’Ard : Partner Al’Ard
Alamat : G21, Ground Floor, Block 3, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.Tel : 03 5038 5873


 

 

 

 

Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama