Bulan Ramadan semakin tiba, sekejap je masa berlalu kan tapi qaseh eksited untuk bertemu kembali bulan yang mulia ini, selain untuk beribadah, tidak sabar juga untuk berbuka puasa bersama keluarga dan orang tersayang. Disebabkan itu, qaseh ingin kongsikan bahawa Klana Beach Resort Port Dickson kembali lagi dengan Bufet Ramadan 2025 yang menghidangkan pelbagai menu tradisi dari setiap negeri.
Tema Bufet Ramadan Klana Beach Resort PD 2025
Qaseh suka dengan tema yang dibawa tahun ini iaitu “Merentasi Tradisi” , sejauh mana kita belayar pasti kita akan rindu makanan-makanan tradisi melayu lebih-lebih lagi melibatkan semua negeri. Jadi ini peluang terbaik untuk kita cuba makanan tradisi dari setiap negeri yang kita tak pernah cuba. Semestinya semua kena dengan selera dan sedap belaka! Dan pertama kalinya qaseh cuba daging Kibas dan Ambuyat kat sini tau ~
Sebelum qaseh kongsikan menu yang ada di sini, qaseh suka sangat dengan pemandangan pantai, yes! Kalau korang datang berbuka puasa di sini, bolehla menikmati pemandangan pantai juga dan lagi best jika korang menginap disini. Boleh berbuka puasa dan bersahur juga.
Chef-chef berbakat di Klana Beach Resort Port Dickson telah menyediakan menu istimewa yang memenuhi setiap selera dan membawa anda mengembara ke seluruh Malaysia.
Tarikh dan Harga Bufet Ramadan Klana Beach Resort PD 2025
- Bermula : 3 Mac - 29 Mac 2025 (3 Ramadan - 29 Ramadan , 1446H
- Masa : 7 Malam
- Pembelian awal : RM60.00
- Dewasa : RM69.00
- Kanak-kanak (5-12 tahun) : RM35.00
Nikmati Hidangan Istimewa Kibas Golek dan Hidangan Tradisi Setiap Negeri
Siapa pernah tak makan daging Kibas? Haa unik betul kan.Sebenarnya ini memang pertama kali qaseh cuba daging kibas. Kibas ni kategori kambing berbulu tapi bukannya biri-biri. Unik ya, walaupun spesies kambing ia tak bau hamis macam kambing dan lemak kibas golek ni tak berminyak dan melekat di lelangit, lebih pada crunchy gitu. Fuhhh bagi qaseh ianya sedap juga di makan bersama sos mint dan black pepper.
Menampilkan hidangan kegemaran ramai dan istimewa, dari Kibas Golek, Sup Kibas, Pasembor, Nasi Lemuni, Laksa Johor, Laksa Kelantan, Gulai Patin Tempoyak, Ambuyat, Mee Kolok dan di samping masakan warisan Negeri Sembilan antaranya Rendang Pucuk Maman, Ikan Keli Masak Lemak Cili Api dan Kepayo Masak Lemak
14 Gerai Tradisi Se-Malaysia | Live Station
Korang boleh menikmati pelbagai menu dari setiap negeri. Qaseh juga pertama kali merasa Ambuyat, medti korang tahu kan ianya hidangan tradisi nun jauh dari Sabah. Ia dimakan bersama ikan singgang dan sos istimewa serta sayuran. Sangat menarik !
Para tetamu juga boleh menikmati aneka kerabu, ulam-ulaman dan kurma diikuti dengan pelbagai hidangan utama serta 14 gerai pilihan dan pelbagai jenis pencuci mulut yang lazat
Ulam-ulaman dan Kerabu Wajib Ada
Lagi menambah selera mestilah kena ada ulam-ulaman, sambal belacan, budu, cencaluk dan banyak lagi. Siapa tak boleh makan nasi tanpa ulam haaa jangan risau tau, pilih je nak apa, ikan masin pun ada ye.
Semua hidangan disediakan menggunakan bahan segar dan berkualiti tinggi, menjanjikan pengalaman berbuka puasa dengan penuh kenikmatan di tepi pantai
4 Putaran Menu yang Menyelerakan
Selain itu juga, ada hidangan lain yang pasti menyelerakan dan ia akan selalu di tukar, bagus kan macam ni so boleh rasa lain-lain hidangan.
Aneka Jenis Pencuci Mulut dan Pilihan Kurma
Semestinya bulan puasa tidak sah lah jika tiada pencuci mulut, bubur dan juga kurma. Banyak sangat pilihan sampai rambang mata untuk memilih, semestinya pencuci mulut yang disediakan sedap dan menggamit kenangan waktu kecil-kecil dahulu.
Sebenarnya banyak lagi menu menarik yang disediakan, ianya sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Tema dan konsep juga sangat menarik bagi qaseh, kita akan jumpa hidangan-hidangan rare yang sebenarnya susah juga untuk di cari di bulan Ramadan, jika pergi bazar Ramadan sekalipun tidak akan jumpa hidangan dari setiap negeri, betul tak?
Jadi jangan lupa tempah tau! Untuk tempahan awal lagi berbaloi sebab ada diskaun dan jika korang ingin menginap di Klana Beach Resort Port Dickson, ada pakej menarik yang ditawarkan. Qaseh pun sempat menginap di sini hari tu, paling suka boleh bawa anak-anak mandi di kolam dan turun ke pantai. Sangat tenang dan mendamaikan
Pakej Penginapan Ramadan Bufet Klana Beach Resort PD
Lagi menarik dengan pakej penginapan beserta berbuka puasa, bersahur dan juga ada pakej seminar yang ditawarkan. Harga pun sangat berbaloi dan berpatutan, bolehla bawa keluarga bercuti pakej bufet ramadan di sini
Semua kemudahan cukup lengkap, aircond betul-betul minta maaf cakap memang function teruk, anak-anak boleh layan youtube di tv, dan qaseh jarang tengok hotel memyediakan telekung juga tapi Klana Beach Resort PD ada menyediakan. Swimming pool juga tidak mengecewakan, anak-anak happy !
Cara Booking Bufet Ramadan Klana Beach Resort PD
Siapa yang nak buat tempahan awal, tempahan untuk bufet ramadan atau pakej penginapan boleh contact maklumat yang qaseh sediakan di bawah ya. Jangan tunggu lama-lama nanti melepas peluang ini !
Klana Beach Resort Port Dickson
Kompleks Baitul Hilal
Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson
Negeri Sembilan, Malaysia
Untuk tempahan boleh hubungi
info@klanabeachresortpd.com.my / sales@klanabeachresortpd.com.my