AEON MALL Seloka RAYA Bersama Tom dan Jerry – Nostalgia dan Keseronokan Raya!

Jom beraya bersama Tom & Jerry di Aeon Mall | Tom & Jerry ni memang kartun kegemaran qaseh waktu kanak-kanak hingga lah sekarang, i think semua orang memang suka dan layan je Tom & Jerry ni, walaupun asyik bergaduh je tapi memang betul-betul menghiburkan dan kelakar.Kalau tengok tahun 2025 ni pun still syok layan. Betul tak ?

Raya Penuh Kemeriahan dengan Tom dan Jerry di AEON MALL!

Disebabkan itu qaseh nak ajak korang ramai-ramai ke Aeon Mall untuk merasai pengalaman raya yang penuh warna warni dan nostalgia. AEON MALL membawa kegembiraan Tom & Jerry secara ekslusif ke 28 lokasi AEON MALL di seluruh negara. Sambutan SELOKA RAYA kali ni menjanjikan pengalaman interaktif yang akan mengimbau zaman kanak-kanak dengan dekorasi khas bertemakan Tom & Jerry

Korang boleh lah datang ambil gambar dengan dekorasi yang cantik dan momen indah bersama Tom & Jerry, anak-anak pasti akan gembira! Semestinya ada aktiviti yang menarik dan hadiah best untuk korang tebus bila shopping di AEON MALL





Hadiah Menarik Menanti Anda!

Korang mesti la banyak shopping raya nanti kan tapi jangan terus balik tau sebab AEON MALL menawarkan penebusan edisi terhad yang eksklusif :

1. AEON MALL x TRACEY Micro Bag

  • Diperbuat dari bahan lestari,beg mikro ekslusif ini boleh ditebus dengan perbelanjaan minimum
  • RM1000 untuk bukan ahli AEON
  • RM800 untuk ahli AEON
  • Pembelian perlu dalam tiga resit pada hari sama 



2. Koleksi Edisi Khas – Mug & Sampul Duit Raya Tom dan Jerry

Mug Tom dan Jerry: Tebus dengan perbelanjaan:

  • RM680 untuk bukan ahli AEON
  • RM580 untuk ahli AEON
  • Dalam tiga resit pada hari yang sama 
Sampul Duit Raya: Tebus dengan perbelanjaan:
  • RM280 untuk bukan ahli AEON
  • RM180 untuk ahli AEON
  • Dalam dua resit pada hari yang sama.

Perarakan Seloka RAYA Pertama di Malaysia!


Buat julung kalinya, AEON MALL membawakan Perarakan Seloka RAYA, menampilkan maskot kesayangan ramai, Mochi & Orange dalam busana tradisional! Perarakan meriah ini akan diadakan di kesemua 28 lokasi AEON MALL, menceriakan suasana perayaan dengan keceriaan dan semangat Raya.

Bertemu & Bergambar Bersama Tom dan Jerry!


Peluang keemasan buat semua peminat Tom dan Jerry! Jangan lepaskan peluang bertemu secara langsung dan bergambar dengan duo kartun legenda ini di lokasi-lokasi AEON MALL terpilih.

Jangan Lepaskan Keseronokan Seloka RAYA!

Korang jangan lupa datang pada 8 Mac - 21 April dan shopping di AEON MALL dan tebus hadiah yang menarik. Jom merasai keajaiban Seloka Raya bersama Tom & Jerry. Boleh bawa anak-anak, keluarga dan jiran-jiran untuk memeriahkan lagi suasana di AEON MALL.








Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama